Panduan Dropship

 

 

 

 

Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program dropship kami yang menyediakan potongan harga pada kadar yang sangat lumayan sebanyak 20% (10% ketika promosi) melalui laman web kami, www.simplehijab.co. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan sila ajukan ke email kami di [email protected] dan harap maklum bahawa soalan anda akan dijawab dalam masa 2 hari bekerja.

 

 

Bagaimana cara untuk menyertai Program Dropship SIMPLEHIJAB?

 

  1. Sekiranya anda belum mendaftar sebagai pengguna di www.simplehijab.co, sila ke url berikut dan lengkapkan butiran anda di borang yang disediakan:

    http://simplehijab.co/register/dropship

 

  1. Sekiranya anda telah sedia mendaftar sebagai pengguna (pelanggan atau agent affiliate), sila log in ke akaun anda terlebih dahulu melalui url berikut:

    http://simplehijab.co/login

 

  1. Seandainya anda terlupa kata laluan,  sila klik button forgot password atau klik url berikut:

http://simplehijab.co/password/remind

 

  1. Setelah login, sila klik button "Join Dropship Program" di bahagian bawah website atau terus ke url berikut:

http://simplehijab.co/register/dropship

 

  1. Sila hantar resit pembayaran yuran komitmen anda melalui borang yang disediakan melalui URL berikut:

http://simplehijab.co/account/dropship/payment

 

  1. Sila pastikan juga anda sudah memahami polisi dropship kami:

    http://simplehijab.co/panduan-dropship

 

 
Adakah yuran komitmen dikenakan untuk menyertai program dropship ini?

 

Ya, sebanyak RM50 sahaja dikenakan. Sekadar untuk melihat kesungguhan dan komitmen ejen-ejen yang mendaftar.

 

 

Adakah agent dropship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih murah atau menawarkan program diskaun sendiri?

 

  1. Kami tidak begitu menggalakkan para agent dropship kami untuk menjual dengan harga yang lebih murah daripada harga jualan (retail price) di laman web rasmi kami untuk menjaga ekosistem agent dropship kami. Namun begitu, mengikut polisi kami, pengurangan harga yang tidak melebihi 5% adalah dibenarkan atas tujuan untuk memberikan ruang kepada para agent untuk menggunakan kreaitiviti masing-masing dalam menjalankan teknik pemasaran yang berkesan.

 

  1. Contohnya: Harga tudung adalah RM35 tidak termasuk kos pos. Selaku agent dropship, anda menerima diskaun sebanyak 20%, maka harga tudung tersebut akan menjadi sebanyak RM28 sahaja dan anda akan jual kepada pelanggan anda dengan harga RM33 (anda beri diskaun 5% daripada harga jualan asal). Bermakna anda mengambil untung sebanyak RM5 bagi sehelai tudung. Pengiraan ini tidak termasuk dengan kos pos. Untuk kos pos pula anda boleh merujuk di shipping calculator yg telah disediakan di laman web. Anda hanya perlu memasukkan kuantiti, lokasi dan klik button calculate. Sila ambil perhatian bahawa kos pos perlu ditanggung oleh pelanggan anda. Ini bermakna, jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan anda kepada anda sebanyak RM33 + kos pos.

 

 

 

Adakah ejen dropship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih mahal dari harga yang kami tawarkan di laman web?

 

Ya, dibenarkan bergantung kepada strategi pemasaran masing-masing.

 

 

Bagaimana pula dengan peranan anda sebagai Affiliate?

 

  1. Menaiktaraf daripada akaun agent affiliate kepada agent dropship tetap akan mengekalkan fungsi dan kelebihan anda sebagai affiliate.

 

  1. Anda masih akan menikmati faedah dan komisen sebagai agent affiliate. Tertakluk kepada polisi affiliate (http://simplehijab.co/affiliate-policy). 

 

  1. Anda juga tetap boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi agent affiliate kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.

 

 

 

 

Bagaimana cara untuk melihat senarai barangan dropship secara menyeluruh?
 

Login ke akaun anda untuk lihat senarai barangan yang disenaraikan sebagai barangan dropship. (http://simplehijab.co/account/dropship/items)

 

 

 

Bagaimana cara untuk memuat turun gambar-gambar dan poster-poster bagi tujuan pemasaran?
 
  1. Cuma login ke dalam akaun anda, kami telah menyediakan sebuah butang khas 'Download Agent Marketing Tools' berwarna oren seperti dalam kotak berwarna merah dalam screenshot di bawah ini. Sila klik pada butang tersebut.

 

 

 

  1. Setelah klik pada butang 'Download Agent Marketing Tools', anda kini sudah berada di halaman baru di mana anda akan dapat melihat terdapat URL untuk anda muat turun gambar-gambar dan poster-poster bagi tujuan pemasaran yang telah kami muat naik untuk dikongsikan bersama. Sila klik pada URL tersebut. 

 

 

  1. Kini anda telah berada di halaman web Dropbox di mana anda hanya perlu klik sahaja pada butang 'download' di bahagian atas kanan seperti dalam screenshot di bawah ini. Fail yang anda download adalah dalam format .zip. Maka anda perlu extract fail-fail tersebut sebelum boleh digunakan. Langkah terakhir, anda hanya perlu kongsi gambar-gambar dan poster-poster yang ada ke halaman media sosial anda seperti Facebook, Instagram, Blog dan Whatsapp terpulang kepada kreativiti masing-masing. Maklumat barangan juga telah disertakan bersama dalam fail berformat .text. Kami menggalakkan anda untuk menggunakan pengubahsuaian pada ayat sekiranya anda mempunyai idea yang lebih menarik bagi tujuan pemasaran yang lebih berkesan.

 

 

 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya gambar produk yang anda perlukan tiada dalam folder yang anda muat turun?
 
  1. Save as gambar-gambar dari katalog kami, copy & paste maklumat produk yang ingin anda jualkan. Poskan gambar-gambar dan maklumat yang anda perolehi ke medium pemasaran anda seperti website atau blog atau medium media sosial seperti Facebook, Twitter dan whatsapp. Kami juga menggalakkan anda untuk menggunakan pengubahsuaian pada ayat sekiranya anda mempunyai idea yang lebih menarik bagi tujuan pemasaran yang lebih berkesan.

 

      

 


 

 

Bagaimana cara untuk melakukan order / pembelian di laman web?

 

  1. Setelah anda mengambil order dan pembayaran daripada pelanggan (bergantung kepada cara anda sendiri), anda perlu meletakkan order melalui laman web kami.  

 

 

 

 

Klik button 'checkout'

 


Sila pastikan anda meletakkan alamat pelanggan anda sebagai alamat penerima dan bukannya alamat anda sendiri. Alamat anda pula akan digunakan sebagai penghantar di ruangan borang servis penghantaran. Kesilapan dalam memberikan maklumat yang berpunca daripada anda sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak kami.

 

 

Beberapa perkara lagi yang perlu anda beri perhatian:
 

Selain daripada di atas, terdapat beberapa perkara lagi yang harus diberi perhatian oleh anda:

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda!